Robot seks merupakan satu hasil ciptaan teknologi yang bertindak sebagai tempat pemuas nafsu bagi mereka yang masih ‘kesunyian’ dan ingin melakukan hubungan seks.
Alat pemuas nafsu sebegini telah lama berada di pasaran dan ianya mendapat permintaan yang mengalakkan.
Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi ini, pelbagai versi robot seks kini boleh didapati di pasaran dan ianya diramalkan akan menjadi hits pada tahun ini.
Terkini yang dipetik dari Daily Mirror, terdapat pelbagai versi robot seks yang dicipta dengan teknologi yang membolehkan ‘mereka’ memberi respon ketika berbual.
Pembaharuan ini adalah untuk menaik taraf robot sedia ada daripada menjadi tempat pemuas nafsu semata-mata.
Menurut seorang pakar psikologi sex dan perhubungan, Dr. Helen Driscoll berkata, penghasilan robot sebegini akan menjadi satu trend yang biasa di masa depan dan mungkin manusia akan lebih cenderung memilih untuk melakukan seks dengan robot berbanding manusia.
Selain itu, CEO Love Doll, Matt McMullen di California, Amerika Syarikat, berkata, syarikatnya kini sedang membangunkan teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya.
Syarikatnya kini memfokuskan kepada penciptaan robot yang boleh membuka mulut dan bercakap seperti manusia biasa.
Tambahnya lagi, teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya juga akan memastikan setiap robotnya akan memberi tindak balas yang baik sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka.
Nampaknya trend ini benar-benar menjadi satu kegilaan masyarakat dunia pada masa kini. Harapnya kita yang berada di Malaysia tidak terjebak dalam aktiviti gila sebegini. -Kedahnews.com