Salah Tembak: Ingatkan Penyamun, Rupanya Anak Sendiri Masuk Rumah


Gara-gara menyangka anaknya adalah penjenayah, seorang wanita secara tidak sengaja telah menembak anak perempuannya yang berusia 27 tahun.

Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Tenth Street di St. Cloud, tengah malam kelmarin.

Wanita itu menyangka ada orang cuba memecah masuk ke rumahnya selepas mendengar bunyi tapak kaki dan terus melepaskan sedas tembakan.

Dia akhirnya menyedari bahawa orang yang disangka cuba memecah masuk ke dalam rumahnya adalah anaknya sendiri.

Wanita itu juga terpaksa dirawat di hospital untuk pemantauan.

Meskipun polis percaya kejadian berkenaan merupakan satu kemalangan, namun siasatan tetap dijalankan.

Setakat ini keterangan wanita itu sama dengan bukti-bukti yang ditemui di tempat kejadian. -Kedahnews.com