Syura |
Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Syura kembali hangat diperkatakan gara-gara kes perceraian dan rujuk dengan bekas suami, Mohd. Fadhly Md. Yassin, 36, yang mendapat liputan dari media.
Bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan yang telah bercerai talak satu pada September 2014 itu berakhir pada Selasa lalu apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan Mohd. Fadhly menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.
Disebabkan keengganan Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 31, merujuk semula dengan bekas suaminya, masyarakat telah meletakkan kesalahan kepadanya.
Malah suatu ketikanya, ada pula yang mendakwa penglibatan semulanya dalam bidang seni selepas bergelar juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013 sebagai punca kepada keretakan rumah tangga yang dibina pada 29 Mac 2006.
Baru-baru ini, Fadhly turut mengeluarkan kenyataan mendedahkan Syura yang sebenarnya meminta supaya dirinya diceraikan selain mendakwa bahawa perangai Syura sudah mula berubah sejak memenangi pertandingan Masterchef.
Ekoran dari kenyataan itu, Syura mengaku dirinya tertekan dengan dakwaan yang dinyatakan oleh suaminya kepada media dan dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan tentangnya.
“Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan,” kata Syura, memetik laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Apapun, kami doakan agar Syura diberi ketenangan dan mampu menyelesaikan kemelut yang menghantui "masjid" yang sebelum ini terbina, apatah lagi telah diserikan dengan tiga orang cahayamata. -Kedahnews.com