Sejiwa Senada Beri Manfaat Besar Kepada Seluruh Rakyat Sarawak


KUCHING - Program Sejiwa Senada 2016 yang akan dianjurkan melibatkan enam bahagian iaitu Miri, Sibu, Mukah, Sarikei , Saratok dan Kapit akan memberi manfaat besar kepada rakyat setempat melalui penyaluran maklumat secara lansung oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Program ini merupakan salah satu inisiatif murni kerajaan negeri untuk mendekati dan memahami kehendak rakyat melalui aktiviti turun padang dengan membawa pelbagai perkhidmatan utama kerajaan kepada rakyat.

Satu Platform Pusat Sehenti (one-Stop Centre) bagi kerajaan , pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) , Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta disediakan bagi memberikan perkhidmatan dan produk , khidmat nasihat dan aktiviti sampingan seperti ceramah, keusahawanan, sukan dan rekreasi, kesenian & kebudayaan serta hiburan.

Dalam pada itu, aktiviti yang ditawarkan dapat menyemarakkan lagi faktor “feel good” dalam kalangan rakyat supaya mereka mempunyai keyakinan yang mendalam terhadap usaha kerajaan dalam membawa pembangunan, meningkatkan sosioekonomi serta taraf hidup rakyat selain mengeratkan jaringan kerjasama rakyat dengan kerajaan serta mengekalkan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian dalam negeri.

Antara objektif program sejiwa senada adalah, meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama kerajaan dengan rakyat serta menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Dalam pada itu program Sejiwa Senada tahun ini menekankan beberapa konsep bagi memastikan matlamat program tercapai. Antara konsep yang digunakan ialah turun padang dengan menyusun program pemimpin bersama rakyat melalui kolaborasi dengan melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGOs, dan pemimpin di peringkat akar umbi. Konsep kesedaran juga diaplikasikan ke arah mempromosikan dasar dan program pembangunan kerajaan kepada rakyat.

Seterusnya konsep Perkhidmatan kepada Rakyat (Program Outreach) iaitu mengadakan satu platform untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kerajaan yang boleh dinikmati oleh rakyat. Jalinan Mesra Rakyat dengan Kerajaan (“Feel Good Factor”) juga dilaksanakan dengan mengadakan program sampingan bagi memupuk jalinan erat antara rakyat setempat dengan kerajaan.

Kumpulan sasar program Sejiwa Senada ialah masyarakat setempat, para belia dan pelajar serta penjawat awam selain pekerja swasta dan berkaitan kerajaan . Antara pengisian dan aktiviti yang dijalankan sepanjang berlansungnya program Sejiwa Senada adalah rekreasi melalui senaman, larian kesihatan selain pertandingan memasak, gabungan bunga dan mewarna.

Pameran dan perkhidmatan juga disediakan bagi memberi informasi kepada orang awam tentang perkhidmatan agensi kerajaan. Pengisian aktiviti lain adal a h k e u s a h a w a n a n d e n - gan penyediaan tapak gerai jualan, produk makanan. Dalam pada itu hiburan juga akan dipersembahkan kepada masyarakat setempat melaui pentas rakyat, persembahan kesenian dan kebudayaan serta nyayian yang pasti menghiburkan.

Masyarakat setempat dipelawa untuk berkunjung ke tapak program Sejiwa Senada sekaligus menggunakan peluang yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi mendapatkan maklumat sahih tentang dasar kerajaan, peluang perniagaan, kesihatan sambil berhibur dengan persembahan yang menarik sepanjang program dijalankan.

Sumber: UB