Zuhair (dua, kiri) menyerahkan kad pengenalan kepada Jemaliah. |
KUALA KEDAH - Penantian seorang wanita untuk mendapatkan kad pengenalan diri berakhir selepas menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pendaftaran (JPN) Kedah, Zuhair Jamaludin yang hadir ke rumahnya di Kampung Telok Layang, di sini, semalam.
Jemaliah Hamid, 54, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) hanya mampu terbaring di atas kerusi malas kelihatan gembira sewaktu menerima kunjungan Zuhair.
Kakak iparnya, Che Tom Ismail, 69, berkata, mereka tidak menyangka masalah tiada dokumen pengenalan diri yang membelenggu mereka sekeluarga diselesaikan segera.
“Selepas ini, kami tak akan runsing lagi nak bawa bawa Jemaliah berjalan atau mendapatkan rawatan di hospital.
“Sebelum ini kami bimbang Jemaliah yang tidak mampu bergerak dikatakan sebagai warga asing disebabkan tak ada dokumen,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga bersyukur dan lega atas keprihatinan JPN dan Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah membantu adik iparnya mendapatkan kad pengenalan.
Sementara itu, Zuhair berkata, pihak mereka memiliki kemudahan diperlukan, namun memerlukan maklumat orang awam berhubung kes terpencil sedemikian.
Katanya, maklumat masyarakat tempatan khususnya jiran tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) akan membantu menyelesaikan masalah penduduk yang tiada kad pengenalan.
Untuk itu, Zuhair berkata, Mobile Unit JPN Kedah akan dihantar bagi membantu menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri ke kawasan terlibat.
Malah, katanya, pada tahun lepas, pihaknya berjaya menyelesaikan kira-kira 200 kes terpencil membabitkan masalah berkaitan.
November lepas, akhbar ini melaporkan keadaan Jemaliah yang tidak pernah memiliki kad pengenalan diri.
Keadaan Jemaliah tanpa kad pengenalan diri didakwa menimbulkan beberapa kesulitan kepada ahli keluarga antaranya berdepan kesukaran ketika membawanya mendapat rawatan di hospital.
Sumber: Sinar Harian