Pada setiap hari pertama persekolahan, gelagat pelajar tahun satu pasti jadi perhatian dengan ada antaranya menangis apabila ibu bapa yang datang meneman perlu balik ke rumah tanpa membawa mereka bersama.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini trend itu didapati berubah apabila banyak kisah yang dikongsikan di Internet adalah berkenaan guru wanita yang mengajar di sekolah.
Mana tidaknya, guru wanita zaman sekarang dikatakan muda-muda dan cantik belaka berbanding guru dulu-dulu yang dikatakan sebaya dengan ibu masing-masing di rumah.
Hinggakan bukan murid je yang seronok nak pergi sekolah, ayahnya pun sanggup duduk teman anak sepanjang waktu persekolahan.
Ada yang menyampaikan hasrat untuk mengenali cikgu kepada anaknya dengan lebih dekat, masih ingat kisah ‘Cikgu Aishah’ yang menerima surat dari bapa pelajarnya?’
Tidak dapat dinafikan, kebanyakan wanita yang bergelar guru masa kini kelihatan lebih cantik dengan penampilan mengikut trend semasa.
Berselendang berlilit-lilit, memakai baju kurung up-to-date dan ada juga yang gemar berselfie bersama anak murid.
Kami kongsikan sedikit koleksi gambar cikgu cantik yang kini trending di media sosial. -Kedahnews.com
Kami kongsikan sedikit koleksi gambar cikgu cantik yang kini trending di media sosial. -Kedahnews.com