SEORANG warga negara Belanda yang bekerja di bangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) di Jakarta disahkan maut oleh pihak berkuasa Indonesia.
Memetik laporan stesen antarabangsa Al-Jazeera, setakat ini angka kematian akibat siri serangan pengganas itu sudah pun meningkat kepada tujuh orang.
Sementara itu, pihak polis tempatan dilapor sudah menembak mati empat suspek militan yang melancarkan serangan bom dan tembakan di sekitar ibu kota Jakarta.
Jurucakap polis, Iqbal Kabid berkata: “Kami sudah mengepung keseluruhan bangunan berkenaan. Kami akan mengisytiharkan keadaan terkawal tidak lama lagi”.
“Kami juga sedang membersihkan bangunan itu, dari tingkat bawah tanah sehingga ke tingkat atas,” kata beliau lagi kepada wartawan.
Kejadian berbalas tembakan antara penyerang dan polis berlaku dalam pawagam gedung Sarinah Mall yang turut menjejaskan kafe Starbucks serta kiosk polis yang ditempatkan di kompleks beli-belah terbabit. –Kedahnews.com