Sesak Nafas, Azmil Mustapha Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Semula

Azmil dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Serdang pada 6.18 petang Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR - Pelakon popular era 1980-an Azmil Mustapha, 63, yang dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya, minggu lalu selepas dirawat Unit Rawatan Koronari (CCU) hospital berkenaan terpaksa dirawat di Hospital Serdang sejak Sabtu lalu selepas mengadu sesak nafas dan sakit dada.

Anak sulungnya, Nur Syamira, 31, ketika dihubungi berkata, selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan bapanya keracunan makanan.

Menurutnya, sejak pagi semalam keadaan bapanya itu masih lemah.

"Sehingga pagi tadi, keadaan ayah masih lemah. Mungkin kerana tersilap makan menyebabkan berlakunya keracunan makanan.

"Ayah sedar dan boleh bercakap seperti biasa, cuma dia masih belum boleh makan," katanya.

Peminat takkan lupa Azmil dengan kenakalan "Ali Setan"nya.
Pada masa sama, pihak hospital juga masih memantau tekanan jantung dan darah Azmil.

Pelakon filem Ali Setan itu dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Serdang pada 6.18 petang Sabtu lalu.

Sumber: myMetro