Shanghai Akan Miliki Taman Tema Walt Disney Resort 16 Jun Ini


Umumnya kita tahu bahawa Walt Disney Resort merupakan ‘taman fantasi’ yang menjadi pusat tarikan utama umum di seluruh dunia.

Ianya merupakan kawasan pelancongan yang disukai bukan sahaja kanak-kanak, malah ibu bapa dan golongan dewasa lain terutama "kaki jalan" turut akan teringin untuk ke sana.

Terbaru, satu lagi Walt Disney Resort di Pudong, Shanghai bakal menemui anda pada 16 Jun ini.

Ianya juga bakal menjadi tapak Walt Disney Resort kedua terbesar di dunia selepas Walt Disney World Resort di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Walt Disney World Resort, Orlando, antara tapak Disneyland yang menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia.
Kerja pembinaan ini sepatutnya siap dan sedia dikunjungi pada Disember tahun lalu, namun ianya ditangguhkan kerana pihak Disney.Co bersama rakan perniagaannya, Shanghai Shendi Group, menambah jumlah pelaburan sebanyak AS$800 juta (RM3,498,938,652.58) bagi menambah bilangan fasiliti yang lebih menarik.


Shanghai Disney Resort ini akan dilengkapi dengan dua buah hotel, pusat membeli-belah serta taman yang berkeluasan 99 ekar.

Selain itu, terdapat enam tapak fantasi yang harus dikunjungi antaranya, Adventure Isle, Garden of imagination, Mickey Avenue, Tomorrow Land, Treasure Cove dan Fantasyland.

Imej yang menunjukkan tapak pembinaan Disneyland Resort di Pudong, Shanghai.
Jadi, kepada mereka yang ingin merasakan pengalaman baru, silalah kumpul duit dan anda pasti akan teruja keseronokan bersama keluarga dengan pelbagai ‘keajaiban’ yang bakal menemui anda kelak. –Kedahnews.com