Siti Dan Datuk K Tak Pernah Putus Bermohon Pada Allah...


Diva no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza mengatakan beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa tidak pernah putus berdoa agar dikurniakan cahaya mata walaupun dirinya baharu sahaja keguguran, baru-baru ini.

Menurutnya, 10 tahun penantian bukan satu tempoh sekejap sebaliknya beliau tetap berdoa akan dikurniakan rezeki hamil lagi dalam masa terdekat.

"Doakan semoga selepas ini lebih cepat. Menurut doktor kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat.

"Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa,” kata Siti yang dipetik dari Harian Metro.

Siti, 37, dilaporkan mengalami keguguran sebaik kandungannya mencecah usia dua bulan, awal Disember lalu.

Penyanyi kesayangan ramai ini berkahwin dengan Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada tanggal 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya. -Kedahnews.com