Suami Bertukar Jadi Mak Nyah Dengan Rupa Menakutkan

Fulvia Pellegrino
Niatnya konon mahu menjadi cantik rupawan, namun rupa-rupanya pembedahan plastik yang dilakukan oleh maknyah ini menyebabkan rupanya jadi menakutkan.

Wang sebanyak RM336,000 yang dibelanjakan untuk pembedahan nampaknya tidak mendatangkan hasil kepada Fulvia Pellegrino malah bibirnya yang disuntik lebih 150 kali, empat kali implan bagi besarkan payudara dan dua kali sedut lemak, menyebabkan rupanya nampak menyeramkan.

Bagaimanapun sebagai solusi pondan yang berasal dari Itali itu kini bercadang untuk melakukan lebih banyak pembedahan.

Tambah mengejutkan isterinya yang dikenali sebagai Marisa, menyokong suaminya itu meskipun hubungan mereka kini lebih kepada adik beradik perempuan.

“Saya tidak gembira kerana badan saya masih belum sempurna,’’ kata Fulvia.

Dia berusia 15 tahun ketika menyedari dia adalah transgender namun disebabkan keluarganya menentang, dia mendiamkan diri.

Malah ketika bertemu Marisa, 32 tahun lalu, Fulvia merahsiakan kehidupan dua alamnya dan secara rahsia mengunjungi kelab gay.

Akhirnya Fulvia tidak dapat lagi menyembunyikan diri dan menceritakan mengenai keadaan sebenar kepada Marisa.

“Marisa hilang kata-kata, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Hari ini, saya dan Marisa lebih kepada adik beradik perempuan.

“Kami tinggal bersama dan bergaduh seperti pasangan normal lain tetapi bukan sebagai suami isteri,’’ katanya.

Untuk menyaksikan sendiri keadaan tubuh transgender ini, sila google sendiri namanya kereana kami tidak tergamak untuk menyiarkannya di sini.  –Kedahnews.com