Suami Gunakan Kepala, Rambut Isteri Sebagai Mop Bersihkan Lantai

Gambar Hiasan
Seorang lelaki di Fruitland Park, Florida, Amerika Syarikat, dilapor telah ditahan pihak polis kerana menggunakan kepala isterinya untuk mengelap lantai rumah.

Dfiahamkan bahawa kejadian tersebut bermula apabila suspek, Keith Davidson, mencari jem untuk disapukan pada roti di rumahnya.

Dia kemudian dikatakan berang apabila mendapati kesemua jem yang ingin dimakan telah habis.

Disebabkan itu, dia dan isterinya bergaduh teruk sehingga susu di meja makan terjatuh dan tumpah ke atas lantai.

Keith Davidson
Pergaduhan tersebut telah membuatkan Keith bertambah marah lalu bertindak menggunakan kepala dan rambut isterinya untuk mengelap sisa susu yang tertumpah tersebut.

Isterinya yang mengalami kecederaan akibat keganasan menelefon talian kecemasan 911 membuatkan pihak berkuasa datang lalu menahan Keith untuk didakwa atas tuduhan mendatangkan kecederaan. -Kedahnews.com