Suami Hanez Suraya Letak Syarat Jika Mahu Berlakon Semula

Hanez Suraya
Hanez Suraya mengakui dirinya rindu untuk kembali ke bidang lakonan tetapi sebagai ibu dan isteri dia perlu memilih watak yang akan dilakonkan malah Romie juga meletakkan syarat kepadanya isterinya itu.

"Keizinan saya untuk benarkan dia (Hanez) berlakon bersertakan dengan syarat. Skrip dan watak yang diterima perlulah sesuai dengan status Hanez sekarang yang sudah berkeluarga.

"Dulu dia seorang isteri, kini dia sudah jadi ibu.

"Saya tidak ada masalah untuk dia berlakon semula dan saya benarkan jika penuhi syarat tersebut,” jelas Romie kepada portal sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Romie juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika anaknya nanti bakal menjadi popular.

"Saya bukanlah artis, tetapi Hanez pula seorang selebriti.

"Jadi terpulanglah kepada cara dia untuk memperkenalkan anak kami kepada khalayak. Saya okay sahaja kalau anak menjadi popular,” katanya. -Kedahnews.com