Hairul dan isterinya Hanis Zalikha |
PETALING JAYA - Pelakon Hairul Azreen menafikan gosip kononnya dia enggan lagi terlibat dengan dunia lakonan sebaliknya memberi fokus terhadap empat bidang perniagaan yang dijalankan.
Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 27, berkata, sejak akhir-akhir ini dia banyak menolak tawaran lakonan terutamanya melibatkan drama bersiri dan perkara itu mungkin membuatkan ada pihak memberi tanggapan salah terhadapnya.
"Eh, tak mungkin saya akan berhenti berlakon dengan begitu sahaja kerana bidang ini adalah kerjaya yang saya sayang.
"Memang ramai penerbit dan pengarah menawarkan saya berlakon. Tetapi saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan saya.
"Untuk tahun ini saja, saya sudah menolak enam tawaran. Tetapi saya sempat juga berlakon telefilem Jangan Ambil Botol Itu untuk siaran TV9 dan ia sudah pun disiarkan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Sebuah laporan di akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Hairul kerap berdolak dalih dengan penerbit drama yang menawarkannya berlakon.
Perkara itu membuatkan ada yang beranggapan Hairul tidak lagi mengutamakan bidang lakonan.
Dalam pada itu, Hairul berharap agar tiada pihak yang terasa hati apabila tawaran yang diberikan kepadanya terpaksa ditolak kerana dia enggan dipersalahkan atas sikap tidak bersungguh-sungguh di kemudian hari.
"Nak ikutkan memanglah nak terima saja tawaran itu. Tetapi saya tidak mahu pada kemudian hari saya pula menyusahkan produksi kerana melewatkan proses penggambaran," ujarnya.
Sementara itu, kata Hairul dia kini menguruskan empat jenis perniagaan iaitu stesen permainan Captain VR yang terletak di Ipoh Perak, studio penggambaran, Hello Studio dan jualan kemeja T, Malead termasuklah jualan tudung Hanis, Cakenis.
Suami kepada aktres Hanis Zalikha itu berkata, memandangkan perniagaan tersebut masih lagi baru, dia perlu memberikan fokus dan komitmen penuh bagi mengukuhkan perniagaan berkenaan.
"Memang tahun ini saya banyak fokus dengan perniagaan. Maklumlah, sudah berkeluarga, saya perlu bekerja keras.
"Dan apabila ia sudah bermula, kita tidak boleh berhenti. Saya seorang akan berusaha dengan apa yang saya mahu. Alhamdulillah, apa yang diinginkan itu dapat," tuturnya.
Sumber: mStar
Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 27, berkata, sejak akhir-akhir ini dia banyak menolak tawaran lakonan terutamanya melibatkan drama bersiri dan perkara itu mungkin membuatkan ada pihak memberi tanggapan salah terhadapnya.
"Eh, tak mungkin saya akan berhenti berlakon dengan begitu sahaja kerana bidang ini adalah kerjaya yang saya sayang.
"Memang ramai penerbit dan pengarah menawarkan saya berlakon. Tetapi saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan saya.
"Untuk tahun ini saja, saya sudah menolak enam tawaran. Tetapi saya sempat juga berlakon telefilem Jangan Ambil Botol Itu untuk siaran TV9 dan ia sudah pun disiarkan," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.
Sebuah laporan di akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Hairul kerap berdolak dalih dengan penerbit drama yang menawarkannya berlakon.
Perkara itu membuatkan ada yang beranggapan Hairul tidak lagi mengutamakan bidang lakonan.
Dalam pada itu, Hairul berharap agar tiada pihak yang terasa hati apabila tawaran yang diberikan kepadanya terpaksa ditolak kerana dia enggan dipersalahkan atas sikap tidak bersungguh-sungguh di kemudian hari.
Stesen permainan Captain VR |