Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
TANJONG MALIM – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan pemaju hartanah yang dilihat dan dianggap lebih berminat membina rumah yang mahal untuk mengaut keuntungan besar.
Baginda bertitah istilah rumah ‘mampu lihat’ dan bukan ‘mampu milik’ semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera.
“Rumah-rumah yang siap dibina dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan.
“Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan dalam kalangan hartawan di luar negara,” titah baginda pada pengisytiharan Daerah Muallim di sini.
Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Perak.
Sultan Nazrin bertitah isu perumahan merupakan satu isu penting yang wajib diberi perhatian sama ada oleh kerajaan atau pemaju.
Titah baginda negara wajib berhati-hati serta meletakkan kepentingan jangka panjang untuk mengelak penjajahan melalui instrumen pemilikan hartanah.
“…dan pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang.
“Kepentingan perniagaan tidak seharusnya sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk – itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan,” titah baginda. – BERNAMA