Syed Mokhtar AlBukhary Bakal Taja Pasukan Helang Merah RM35 Juta?

Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
KUALA LUMPUR – Desas-desus mengatakan kononnya bilionare dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary bakal menaja pasukan Kedah.

Itu rumors terbaru yang sedang tersebar dalam media sosial mengenai saingan Liga Malaysia 2016 yang akan membuka tirai bermula 30 Januari ini.

Khabar angin itu antara lain mendakwa bahawa Pengerusi Yayasan Albukhary itu tidak mengenakan sebarang syarat kepada pasukan Kedah dengan tajaan sebanyak RM35 juta.

“Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dikhabarkan akan menaja Kedah sebanyak RM35 juta. Namun beliau tidak akan memberi apa-apa syarat kepada Kedah,” kata sebuah laman Facebook penyokong bola sepak Kedah semalam.


Desas-desus itu timbul selepas Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengumumkan akan menaja pasukan Kelantan dengan nilai jutaan ringgit.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kemudiannya dilaporkan telah bersetuju menerima penajaan daripada Vida Beauty Sdn. Bhd. dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan bakal dimuktamadkan pada 15 Januari ini.

KAFA turut bersetuju menawarkan jawatan Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017 kepada Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida. –Kedahnews.com