Lim Guan Eng |
GEORGE TOWN - DAP pada Khamis menyifatkan dakwaan PAS bahawa parti itu menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel sebagai satu fitnah jahat bagi menimbulkan kebencian terhadap pemimpin bukan Islam.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana.
"Saya tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel, saya tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel. Saya minta PAS kemukakan bukti mereka berhubung dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 24 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini, Khamis.
Sepuluh daripadanya dari DAP, lapan (PKR), dua (AMANAH) manakala empat dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulas dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya umum Ke-13.
Mohd Zuhdi juga dilapor berkata antara syarat tawaran itu termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.
Lim meminta PAS mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dan jika gagal, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: mStar