Thalia |
Pelakon Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rosalinda satu ketika dahulu iaitu Thalia sebelum ini pernah mengaku membuang sepasang tulang rusuknya dengan tujuan kecantikan.
Sikap obses pelakon tersebut yang terlalu mengejar kecantikan sememangnya membuatkan ramai pihak terkejut atas tindakannya yang ingin mengekalkan bentuk pinggang bak ‘gitarnya’.
Berita terbaru mengenai aktres tersebut dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah ‘rahsia’ awet muda pelakon tersebut meskipun sudah berusia 44 tahun.
Thalia di dalam sebuah program temu bual baru-baru ini setelah ditanya mengenai tips kecantikannya mendedahkan yang mana dia akan klimaks berkali-kali pada setiap malam agar kulitnya sentiasa muda.
Thalia juga dilihat tanpa segan silu memberitahu perkara tersebut kepada wartawan dan menurutnya juga, dalam sehari beliau dikatakan mampu untuk mencapai 50 klimaks.
Menurutnya juga, Thalia amat gemarkan ‘aktiviti’ berkenaan di mana di juga sebelum ini pernah berkongsikan fantasi kehidupan seks bersama suaminya, Tommy Mottola.
Seperti yang diketahui, aktiviti seks juga sebenarnya merupakan perkara yang sihat di mana anda dan pasangan anda secara semulajadinya akan mengeluarkan peluh di dalam aktiviti tersebut.
Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tahlia ialah peluh sihat yang dihasilkan akan meninggikan metabolisme dan secara tidak langsungnya menjadikan badan lebih cergas dan awet muda.-Kedahnews.com