#Tips: 4 Cara Terbaik Untuk Isteri Beri Sokongan Pada Suami

Gambar Hiasan
Tahun ini dijangkakan ekonomi seluruh dunia tidak memberangsangkan malah sejak tahun lepas di negara kita saja beberapa buah syarikat dan organisasi besar telah memberhentikan pekerja dan kakitangan mereka.

Bagi mereka yang tidak bernasib baik dan telah kehilangan kerja, ini adalah masa yang sangat sukar.

Ditambah pula peluang pekerjaan yang semakin berkurang serta persaingan yang tinggi untuk mendapatkan kerja dengan jumlah gaji yang sama seperti sebelum ini.

Jika pasangan anda merupakan antara mereka yang berada dalam situasi di atas, berikut kami kongsikan 5 cara untuk tunjukkan tanda sokongan kepada insan yang anda sayang.

1. Menjadi pendengar yang baik


Bagi wanita, berkongsi masalah dan membicarakannya dengan pasangan bukanlah sukar. Tapi sebaliknya pula bagi lelaki. Sebolehnya mereka nak sorok dan simpan sendiri.

Jika suami anda masuk dalam kategori ini, sebaik saja dia berbicara tentang masalahnya, diamlah dan jadi pendengar yang baik.

Whatsapp, Facebook dan segala media sosial tutup seketika dan berikan tumpuan kepada apa yang suami anda sedang bicarakan.

Dengarkan semua keluh kesahnya dengan sabar dan tenang. Dengan menjadi pendengar yang baik untuknya, ia membantu suami rasa nyaman dan tenang.

2. Jadilah teman bukan hanya pasangan


Ada hubungan suami isteri  seperti semakin lesu selepas beberapa ketika. kadangkala ia bukanlah salah anda berdua tetapi tekanan kewangan dan situasi semasa menyebabkan suasana sedikit tegang.

Apatah lagi jika suami sudah hilang kerja. Maka diketika inilah menjadi teman rapat kepada suami adalah cara terbaik.

Berbincang sebagai sahabat membuat kita rasa lebih terbuka dan mudah untuk mencari jalan penyelesaian bersama.

3. Pujilah dia (bukan bodek!)


Meskipun sedang mengalami masalah hingga terasa stress, cubalah berikan pujian yang berarti kepada suami.

Pujian yang sederhana dan kedengan ikhlas boleh membuatkan hatinya terasa sejuk dan sedikit lapang.

Lelaki pun adakala macam budak-budak juga perlukan perhatian dan kasih sayang. Dengan memuji, ia akan buat suami rasa dihargai dan seterusnya lebih percaya kepada kebolehan diri.

4. Peluklah dia



Kadang tak perlu cakap banyak pun. Dan sememangnya lelaki suka jika isteri tidak membebel di saat dia ada masalah.

Peluk saja lah dia, kan suami kita. Kuasa sentuhan dan pelukan sangat berkuasa dalam memberikan ketenangan dan impak psikologi.

Cuma jika dah lama tak buat tu mungkin akan rasa janggal. Kenalah imbau balik zaman mula-mula kahwin dulu. Elok je peluk-peluk. Takkan dan tua sikit tak boleh. Cinta tak kenal usia lah.