Kehamilan adalah merupakan antara perkara atau pengalaman yang menyeronokkan dan penuh kegembiraan bagi pasangan suami isteri.
Tapi, pada masa yang sama, ada banyak perkara yang berlaku pada tubuh anda dan kadang-kala ia bukannya sesuatu yang mudah untuk menghadapinya.
Berikut di bahawa kami kongsikan sedikit tips untuk menghadapi trimester pertama kehamilan.
1. Tidur sebentar selepas pulang kerja dan di hari minggu.
Badan anda perlukan rehat yang cukup. Anda pun akan merasa cepat letih. Tidur sebentar dapat menyegarkan badan anda sedikit dan memberikan rehat yang tubuh anda perlukan. Jangan fikir hal lain, waktu ini utamakan kesihatan anda.
2. ‘Slow down’ sikit di pejabat.
Okay. Selagi produktiviti anda tidak terjejas, anda boleh slow down sikit semasa bekerja. Kalau selalunya anda jalan laju-laju, kali ini jalan perlahan sedikit. Ambil masa yang anda perlukan.
3. Minta tolong pasangan untuk membuat kerja rumah, memasak etc.
Anda boleh berhenti fikir tetang basuh baju, vakum rumah, mop lantai, pasang langsir baru etc. Minta tolong pasangan anda untuk buat hal itu. Badan anda perlukan rehat yang cukup. Bukan lama pun. Untuk trimester pertama ini biarlah anda manjakan diri anda sedikit dan pastinya pasangan anda pun gembira dapat membantu apa yang patut.
4. Makan makanan yang tawar.
Kadang kala makanan yang kuat baunya atau berbau boleh membuat anda mual dan muntah-muntah.
Masa ini, anda makanlah makanan seperti biskut kering, pretzels, sup ayam atau sebagainya). Jangan tak makan langsung pula. Simpan sedikit biskut di tepi katil anda.
5. Makan dalam kuantiti yang sedikit dengan kerap.
Cara ini boleh mengelakkan anda terlalu kenyang atau lapar.
6. Makan lebih banyak karbohidrat.
Contohnya seperti nasi, kentang dan sebagainya.
7. Just enjoy!
Walaupun badan anda akan selalu membuat anda letih, berasa tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada tubuh dan hormon, mual dan sebagainya, hargailah pengalaman ini.
Apabila sudah berlalu anda mungkin akan merindukan saat ini. Banyak tenaga diperlukan untuk melengkapkan ‘rumah kecil’ di dalam uterus anda untuk bayi yang anda kandungi.
Jadi memang anda akan cepat penat sedikit. Bersabar okay. Anda kuat! -Kedahnews.com