SUSULAN berita penemuan semula remaja perempuan, Nur Amirah Athirah yang dilaporkan hilang pada 27 Disember lalu, kisahnya kini sekali lagi dapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata marah dengan tindakannya.
Ini kerana dia yang dilaporkan ‘hilang’ telah betul-betul berjaya meyakinkan seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya percaya bahawa dia sudah diculik.
Sebelum ini, satu rakaman audio yang memaparkan suaranya konon ketika di berada ‘markas’ penculik juga telah tersebar luas.
Atas rasa prihatin, rata-rata netizen telah membantu misi pencarian dengan menyebarkan maklumat mengenai berita kehilangan Athirah menerusi laman facebook dan twitter.
Namun segalanya berubah apabila dia ditemui bersama teman lelakinya di sebuah stesen minyak di Banting pada jam 8 malam Khamis.
Menerusi siasatan yang dilakukan pihak polis, Athirah mengaku yang berita mengenai penculikannya adalah rekaan semata-mata.
Selain itu, dia juga memberi alasan ‘ingin hidup bebas’ menyebabkan dia telah mereka kisah penculikkannya itu.
Bengang dan marah dengan tindakkannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa amarah di laman facebook dan twitter selepas berita sebenar terbongkar!!!
Ramai yang tampil memberi nasihat kepada Athirah dan ramai juga yang menghentam, mengherdik dan memarahinya ekoran insiden ‘rekaan’ ini.
“Banyak orang doakan awak, banyak orang menangis sebab awak. Banyak yang nak awak selamat, tapi awak balas dengan cara ni?? Kita orang tak marah tapi macam mana perasaan ibubapa awak ?? Semoga tahun baru ini memberi keinsafan kepada awak … hhmm dan tolong, jangan buat mcm ni lagi . Hal ini bukan hal boleh dimanfaatkan …” kata Iena Liana.
“Cisss… kau ni memang buat suspen je la budak.. ape la nak jadi… kesian mak bapak kau.. kesian dekat pihak-pihak yang bertungkus lumus cari kau.., kesian kami satu Malaysia yang risau dan doakan kau…,, hati ape pon tak tahu la kau ni. Jangan nanti kena culik betul-betul baru nak menyesal…. menyusahkan orang betul!!” kata Ladyzana Shazoura.
“Berani betul bohong orang tua nanti kalau betul-betul terjadi macam mana orang nak percaya buat susah mak bapak je takkan tak takut kalau betul-betul terjadi fikir-fikirkan wahai anak jangan menyusahkan ibu bapa mu ???” kata Nordiran Musa.
“Menyusahkan orang tua je dia ni. Patut masuk sekolah budak jahat untuk pulihkan,” kata Saliha Daud.
“Aduhaiiiiii..sebagai ibu masa dengar rakaman dia ni.. macam kita mak dia dah… susahnya hati.. apatah lagi ibu dia….. tapi macam ni pulak jadinye…. aduhaiiiiiiii,” kata Nadiah N Anizah.
Itulah serba sedikit luahan hati netizen yang selama ini begitu peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa adik Athirah.
Apapun, harapnya adik Athirah berubah dan jangan sesekali melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerisauan kepada ibu, bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling. -Kedahnews.com