Tidak tahulah hendak ditafsirkan pemikiran sesetengah generasi baru di zaman ini sebagai terlebih kreatif atau memang tidak tahu membezakan antara perkara yang baik dan buruk.
Jika di zaman sebelum ini, pasangan bercinta selalunya hanya gemar mengenakan pakaian sedondon namun kini, trend seperti itu dikatakan telah berubah sedikit "mengikut peredaran zaman".
Tidak pasti pula entah sejak bila trend terbaru ini bermula, namun menukar baju sesama pasangan tiba-tiba "viral" dan menjadi ikutan ramai untuk bergambar khususnya, golongan remaja.
Bergambar dengan mengenakan pakaian milik kekasih dikatakan jadi ‘kegilaan’ dengan alasan kononnya ia kelihatan kelihatan "so sweet" dan "kelakar".
Walaupun trend bergambar ini disifatkan hanyalah ‘suka-suka’, namun ianya mengundang kecaman ramai di media sosial.
“Akhir zaman. Allah melaknat perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan,” tulis Aisyah Nur Hurairah.
“Kau rasa benda ini ‘cool’. Tak, ianya sungguh jelek,” tulis seorang warga netizen Afifah di laman sosial.
Difahamkan, trend ini sangat popular di negara seberang, Indonesia dan dikhuatiri bakal menjadi ikutan di negara ini pula.
Justeru, Kedahnews.com menyarankan sempena tahun baru 2016 ini supaya trend seperti ini tidak perlulah "diimport" masuk ke negara kita oleh mana-mana pihak. –Kedahnews.com