Ukur Saiz Coli Guna Aplikasi Mudah Dalam Telefon Pintar


JIKA dahulu wanita perlu mendapatkan pita pengukur untuk ukur saiz pakaian dalamnya, kini satu teknologi baharu dicipta bagi memudahkan proses mengukur tersebut.

Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam wanita, Thirdlove di San Francisco, Amerika Syarikat, telah mencipta satu perisian khas bagi mengukur saiz coli dan ianya dikatakan lebih tepat jika dibandingkan dengan penggunaan pita pengukur yang selama ini digunakan.

Cara biasa mengukur saiz coli.
Penaung syarikat tersebut, Heidi Zak berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Cara penggunaannya juga dianggap mudah dan mesra pengguna.

Pengguna yang ingin mendapatkan ukuran tepat saiz coli mereka hanya perlu berdiri di hadapan cermin sambil berselfie.

Beberapa langkah mudah lain turut diterangkan antaranya pengguna perlu berdiri dengan jarak tertentu di hadapan cermin.


Ukuran akan ditentukan oleh sistem canggih yang terdapat pada aplikasi terbaru itu hanya dalam tempoh 5 minit sahaja.

Ianya dianggap sangat memudahkan pengguna terutama ketika berada di pusat beli belah untuk membeli pakaian dalam.


Aplikasi canggih itu kini sudah mula dijual di pasaran United Kingdom pada harga £33 (RM211.41) sehingga £46(RM294.68). –Kedahnews.com