Video The Making Of Gerua: Klip Termahal Dalam Sejarah Bollywood


Filem Bollywood, DILWALE, kini sedang menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem terutama penggemar filem Hindustan.

Kalau menjenguk di panggung  mesti "full house" gara-gara penangan pasangan Bollywood paling serasi, Shah Rukh Khan dan Kajol yang mencetuskan kegilaan di kalangan peminat setia mereka.

Bagi yang sudah menonton filem ini, pasti anda terpesona dengan kecantikan kawasan yang jadi latar belakang video muzik Gerua, istilah yang dikatakan mewakili maksud "warna cinta".

Langsung tidak menggunakan kesan teknik CGI dalam pembikinan video muzik tersebut, segala aksi SRK dan Kajol juga dikatakan dilakukan sendiri oleh mereka. 

Antara halangan dalam ‘mencantikkan’ video itu adalah kedua pelakon berkenaan perlu memanjat gunung dengan kaki mereka diikat bagi menjamin keselamatan masing-masing.

“Kaki kami sebenarnya diikat dalam babak ini. Kaki kami disematkan dengan tali supaya dapat cengkaman dan mampu lakukan pergerakan di atas bukit.

“Saya rasa itu sangat mencabar. Walaupun terdapat beberapa isu, segala langkah keselamatan telah diambil,” kata Shah Rukh Khan.


Antara cabaran lain ialah pasangan pelakon ini perlu menahan sejuk ketika menari di kepulauan Iceland yang tersangatlah menarik dan menangkap mata sesiapa sahaja yang menonton babak dalam video muzik Gerua.


Jadi, tidak hairanlah jika ianya mencatat rekod sebagai video muzik yang memakan belanja paling besar untuk dihasilkan bagi filem Bollywood.

Walau bagaimanapun, pihak penerbitan tidak mendedahkan jumlah kos yang dibelanjakan bagi menghasilkan muzik video Gerua. –Kedahnews.com


gerua5

gerua4

gerua2
gerua1