VIDEO: Rupanya Ada Aksi Lucu Berlaku Ketika Sidang Media Shaheizy Sam...


RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada Selasa.

Semuanya gara-gara kehadiran seorang wanita yang tersilap masuk dalam sidang media itu sehinggakan ramai yang menyangka dia adalah bakal kepada isteri Shaheizy Sam sendiri.

Wanita yang tidak dikenali itu dikatakan berlagak selamba, berjalan terus ke arah meja secara bersahaja lantas duduk di sebelah ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah.

Kehadiran wanita itu sekali gus menarik perhatian pengamal media sehinggakan jurugambar dilihat tidak henti-henti merakam gambar.

Pada masa yang sama, Khaty dilihat memberi reaksi wajah terkejut dengan kemunculan wanita yang berada di sisinya itu, mungkin menyedari bahawa wanita itu bukan Syatilla yang ditunggu-tunggu.

Suasana dikatakan menjadi kecoh dan gamat seketika, sebelum wanita itu menyedari kesilapannya lantas meninggalkan majlis tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis tersebut.

Dalam sidang media itu, Khaty Fauziah mengumumkan anaknya Shaheizy Sam bakal menikahi aktres Syatilla Melvin 8 Februari ini.

Pasangan ini dilaporkan menerima tajaan perkahwinan sebanyak RM25 juta dan dijangka bakal menjadi Wedding Of The Year. -Kedahnews.com

Posted by Dubsmash Malaysia on Tuesday, January 12, 2016