#Viral: "Laki Aku Punya La Jawatan Besar Kat Petronas..@#$&@&$..!!!"


Seorang wanita yang dikatakan bersikap sombong dan memaki hamun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Terengganu baru-baru pedas disindir ekoran tidak berani "tunjuk muka" ketika dikunjungi Adun berkenaan.

Wanita berkenaan yang menggunakan nama akaun Facebook, Misbah Mie Salleh, dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Adun Kemasik, Ir. Rosli Othman, di laman sosial tersebut setelah gagal menemui Adun tersebut sebelumnya.

Menurut sumber, pada mulanya wanita itu telah hadir ke Pusat Khidmat DUN Kemasik di Kerteh untuk mendapatkan tandatangan dan cop dari Adun berkenaan.

Namun dikatakan dia telah dimaklumkan oleh petugas di situ bahawa Rosli belum menandatangani borang berkenaan dan ahli Jawatankuasa Kampung (JKK) yang bertugas di situ juga belum hadir ke pejabat itu.

Ekoran itu, wanita itu mendakwa dia telah diminta untuk mendapatkan tandatangan dari JKK di kawasan tempat tinggalnya.

Berang dengan jawapan tersebut, wanita itu melepaskan geram di laman sosial dengan kata-kata kesat dan seolah mendabik dada tentang suaminya yang dikatakan berjawatan besar di Petronas.

"Pagi tadi pergi pejabat DUN KEMASIK KAT KERTEH.. nak minta sign n cop borang asrama penuh anak... punya la celaka kat situ.. dia boleh jawab YB TAK SIGN BORANG.. JKK TAK TAU MASUK BILA.. PERGI CARI SENDIRI LA JKK KAMPUNG KAK TINGGAL.. memang bangang.. MACAM AKU NAK MINTA DUIT DIA.. Laki aku punya la jawatan besar kat petronas x ada masalah pon setakat berpuluh sign n cop.. bukan luak pun gaji.. BODOH BANGGANG.. PUNYA DUN.. NASIB BAIK AKU TAK MENGUNDI.." tulis wanita itu sebagaimana yang tersebar di laman sosial.


Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa wanita itu tidak kelihatan langsung ketika Adun berkenaan berkunjung ke rumahnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul, berkenaan tandatangan yang diminta olehnya.


Gara-gara "kehilangan" wanita itu ketika Rosli berkunjung ke rumahnya, dia disindir pedas Mohd Faisal yang berkongsi tentang insiden itu di laman Facebooknya.

"Allah Maha Kaya: Dua hari lepas bukan main sombong lagi. Semalam bila YB pergi rumah, ke mana menghilang akak oiii ???," sindirnya.

Status Mohd Faisal itu turut menarik perhatian Ab Jalil Backer yang turut menyarankan semua pemilik laman sosial supaya berhati-hati dan menjaga tutur kata di Facebook memandangkan ramai yang memerhati.


"Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

"Jagalah tutur kata kita bila menulis facebook. Ia bukan seperti bercakap di kedai kopi atau bergosip di tepi pagar rumah. Tulisan di facebook merupakan rakaman bertulis," tulis Ab Jalil yang berkongsi status Mohd Faisal di dinding laman sosialnya. -Kedahnews.com