Wedding Of The Year 2016: Shahiezy Sam - Syatilla Melvin, 8 Februari, RM25 Juta!


Pelakon Shaheizy Sam, 34, semalam mengumumkan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya, Syatilla Melvin, 25, pada 8 Februari ini.

Lebih menarik lagi, majlis berkenaan dikatakan telah mendapat tajaan berjumlah keseluruhan RM25 juta sekaligus dijangka bakal menjadikan perkahwinan tersebut sebagai Wedding Of The Year yang amat sukar ditandingi.

Sam yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara berkata, sejujurnya dia tidak tahu siapakah penaja-penaja yang sudi menaja majlisnya itu kerana ibunya merupakan tulang belakang kepada segala persediaan perkahwinannya.

Memetik dari laporan media, Sam menjelaskan bahawa jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta manakala RM5 juta lagi membabitkan persiapan dekorasi pelamin, pakaian, tatarias serta cenderahati.

Sam bersama ibunya, Kathy Fauziah pada sidang media khas pengumuman perkahwinannnya semalam.
Majlis akad nikah Sam dan Syatilla akan diadakan di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi pihak perempaun pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Bagi majlis resepsi sebelah pihak Sam pula, akan diadakan pada tanggal 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur manakala majlis meraikan peminat pada 20 Februari depan. – Kedahnews.com