Vie Santie, Zizan dan Eizlan |
Walaupun pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak sebelum ini berazam mahu mengelakkan diri dari sebarang kontroversi pada tahun ini, namun dia sekali lagi dilanda gosip hangat membabitkan dirinya dengan bekas isteri aktor kacak, Datuk Eizlan Yusof.
Ditanya media berhubung gosip berkenaan, Zizan walau bagaimanapun dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaru yang mengaitkan dirinya dengan Vie Santie Harun itu.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, tiada sebarang keperluan dia mengulas perkara itu.
"Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada mStar, semalam.
Terdahulu, sebuah laporan di ruangan gosip sebuah akhbar mingguan mendakwa Zizan beberapa kali dilihat keluar bersama dengan wanita berkenaan dan mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.
Vie Santie Harun |
Dalam pada itu, ditanya tentang sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, Zizan tetap dengan pendiriannya enggan mengulas mengenai perkara itu.
Eizlan dan Vie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah. -Kedahnews.com