4 Wanita Gaza Dikagumi Sebab Pecah Tradisi Tunggang Basikal


GAZA – Empat wanita Palestin melakukan perkara luar biasa di negara berpegang teguh ajaran Islam, di Semenanjung Gaza dengan apa dilakukan tanpa disedari dalam lain-lain tempat di dunia iaitu menunggang basikal.

Mereka dikatakan dalam cubaan untuk memecah tradisi di wilayah yang dilanda peperangan selama tiga tahun sejak 2008 di bawah sekatan rejim Zionis Israel.

Salah seorang daripada mereka yang ditemui berkata beliau cukup seronok menunggang basikal dan juga berharap untuk membuat kenyataan mengenainya nanti.

Mereka berkata, kebanyakan orang ramai menggalakkan dan mengagumi tindakan mereka dengan menunggang basikal itu.

Sementara pula, setengah masyarakat memandang serong terhadap wanita berusia lingkungan 20-an dan 30-an, kerana pandangan mereka wanita ini melanggar kesopanan agama Islam.

“Bagi kebanyakan orang, apabila wanita tidak buat sesuatu di luar sana, ia sesuatu yang menakjubkan dan mengejutkan, kata salah seorang daripada mereka iaitu guru bahasa Inggeris, Amneh Suleiman.

Beliau yang berusia 33 tahun, selesa berpakaian baju hitam dan topi yang sepadan.

“Bagi mereka, ia menentang tradisi kami, tetapi tidak pula agama kami yang melarangnya,” katanya. Ujar beliau lagi: “Larangan ini mesti ditiadakan dan saya sedang cuba untuk menghantar mesej ini.

Wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat dan mempunyai hak kebebasan,” tambahnya. – AFP