PARIT BUNTAR - Polis menahan 67 kaki judi dadu dan belangkas serta merampas wang tunai lebih RM100,000 dalam Op Limau 2016 di Bagan Seberang, Kuala Kurau dekat sini malam kelmarin.
Serbuan oleh sepasukan pegawai polis dari Jabatan Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman diketuai DSP Tan Tin Heng dengan 24 anggota bermula 3.30 petang dan berakhir pada 10 malam di kawasan tanah lapang di situ.
Dalam serbuan itu, polis menahan 53 lelaki dan 14 wanita, masing-masing berumur antara 26 dan 77 tahun sedang bermain judi berkenaan.
Menurut jurucakap polis, pihaknya merampas wang tunai keseluruhannya RM128,588 iaitu RM85,130 di atas meja judi dan RM43,428 pada kaki judi.
Katanya turut dirampas cip pelbagai nilai antara RM5 hingga RM500 sebanyak 1,619 keping yang keseluruhannya bernilai RM246,480 dan pelbagai peralatan perjudian seperti buah dadu, meja dan kerusi.
"Ketika serbuan terdapat beberapa kaki judi meloloskan diri dengan terjun ke laut berhampiran dan melarikan diri menaiki bot," katanya kepada Bernama di sini Ahad.
Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan menggempur kegiatan judi itu. - BERNAMA