TAIPING – Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya seekor anjing jenis Rottweiler pada Mac tahun lepas.
Anna Teoh Poh Ling, 42, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dalam bahasa Hokkien dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah.
Mohamed Ruhizat memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Anna Teoh dituduh mengabaikan tanggungjawab dan penjagaan serta kebajikan haiwan peliharaannya itu dengan tidak memberi makan dan rawatan sebaiknya di Lorong MB 7, Taman Medan Bersatu, Kampung Boyan di sini pada pukul 9.50 pagi, 6 Mac tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(d) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Mohammad Nizam Abdullah meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh selain mahu anjing itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar.
Katanya kes pendakwaan mengabaikan penjagaan dan kebajikan anjing itu adalah yang pertama di Perak.
Teoh ketika merayu hukuman ringan berkata dia tidak mempunyai masa untuk menjaga anjing itu selepas kematian ibunya selain ia adalah kali pertama dia membela haiwan tersebut seorang diri sejak dibeli 16 tahun lalu dengan harga RM1,200. – BERNAMA