Pembantu Mahadzir sedang memberi makan kepada landak. Gambar atas: Mahadzir bersama salah seekor landak yang dipelihara. |
RAMAI yang beranggapan landak adalah spesies hidupan liar yang berbahaya kerana memiliki duri tajam di bahagian belakangnya.
Disebabkan kepercayaan itu, maka tidak ramai yang berani membela haiwan yang semakin terancam itu.
Bagaimanapun cabaran itu diambil Adun Jeneri, Sik, Mahadzir Abdul Hamid yang menjadikan penternakan landak raya atau nama saintifiknya, Hystrix Brachyura sebagai satu hobi.
Menurut Mahadzir, beliau menternak landak sebagai hobi sejak enam bulan lalu.
"Saya beli landak-landak berkenaan secara kecil-kecilan daripada penternak individu dari Kedah, Perlis dan Perak. Sekarang ada 40 ekor kesemuanya," katanya.
Kesemua landak raya berkenaan dipelihara di dalam kurungan khas yang dibina di rumahnya di Kampung Tala, Mukim Jeneri.
Landak hilangkan tekanan kerja
Mahadzir berkata, selain hobi, beliau membela haiwan ini untuk menghilangkan tekanan kerja seharian.
“Saya biasanya ambil masa sekitar satu jam untuk bermanja dengan haiwan ternakan saya saban hari,” katanya.
Tambahnya yang juga merupakan pencinta haiwan, untuk memelihara landak individu berkenaan perlu memiliki lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Ia disebabkan oleh spesies berkenaan merupakan haiwan eksotik yang dilindungi.
Katanya, sekiranya beliau tidak mengambil inisiatif ini, kemungkinan legasi landak akan pupus kerana ia menjadi buruan pemburu haram.
“Kalau kita memelihara landak ini secara tidak langsung kita dapat membantu proses pembiakan spesies ini.
"Daripada inisiatif inilah kita dapat mengembangkannya menjadi satu industri yang mempunyai nilai komersial tinggi satu hari nanti,” katanya.
Banyak khasiat
Tambah Mahadzir, dari segi pemakanan, landak mudah dijaga kerana ia makan semua jenis buah-buahan.
“Bagaimanapun landak ialah hidupan liar yang lasak tetapi sensitif dari segi pembiakan. Ia memerlukan pasangan yang serasi untuk tujuan pembiakan.
"Ia bukan mudah kerana memerlukan modal tinggi. Perlu diingat, landak tidak seperti kambing atau lembu yang dapat memberikan pulangan segera dan lumayan. Ia mengambil masa lama untuk dijual kerana peraturan Jabatan Perhilitan cuma membolehkan generasi ketiga landak yang diternak untuk tujuan jualan.
“Sebagai contoh, sepasang landak yang ditemui diternak dan melahirkan anak. Jabatan Perhilitan menetapkan apabila anak berkenaan melahirkan, barulah anak itu boleh dijual,” katanya.
Ujarnya lagi, landak mempunyai banyak khasiat untuk tujuan kesihatan.
"Hampir seluruh bahagian tubuh landak memiliki khasiat apabila dimakan. Hati landak jika dibakar berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit asma dan diabetes.
"Daging landak juga memiliki kandungan penguat stamina dan kitotefin yang berguna bagi penderita asma, di samping itu juga memiliki gen yang dapat mempercepat penyembuhan luka,” katanya.
Katanya, tidak hanya dagingnya, ternyata duri landak juga berkhasiat.
"Duri landak dipercayai berkhasiat dijadikan ubat sakit gigi, iaitu dengan cara dibakar lalu abunya disapu ke bahagian gigi yang sakit.
"Saya mahu wujudkan peluang kerjaya kepada orang kampung melaluinya. Sekarang ni pun saya dah mula ambil pekerja untuk kerja-kerja membersihkan kandang landak," katanya yang bercita-cita mahu menjadikan penternakan landak sebagai satu industri.

Sumber: Sinar Harian