Adun PAS Cetus Kontroversi Berpakaian Seperti Dewa Cina

Imej Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras, YB Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala-ala Dewa kaum Cina dalam satu majlis sempena perayaan Tahun Baru Cina, menerima kritikan hebat di media sosial.

Khairuddin dilihat berpakaian ‘Chai Shen’ atau ‘Dewa Kekayaan’ seperti mana kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia.

Ramai berpandangan, perbuatan Khairudin ini seakan tindakan terdesak bagi meraih sokongan undi daripada masyarakat Cina, khususnya yang berketurunan Tionghua.


Meraikan kaum Cina sempena Tahun Baru Cina mungkin bukan satu kesalahan kerana ia adalah perayaan budaya masyarakat ini sejak zaman berzaman.

Walau bagaimanapun, Rasullullah SAW melarang umat Islam meniru tatasusila orang bukan Islam, seperti sabda Baginda:
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka,” (Sahih. Ahmad).

Sehingga artikel ini diterbitkan, Majlis Syura Ulama Pas masih tiada mengeluarkan sebarang komen mengenai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor itu. -Kedahnews.com