PETALING JAYA - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Kedah sepakat mahu krisis kepimpinan di Kedah diselesaikan dengan kadar segera dan menyarankan Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'diturunkan' daripada jawatan Menteri Besar mengikut amalan demokrasi.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan selepas selesai menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, pada petang Selasa, wakil rakyat pembangkang itu berpendapat, isu itu perlu diputuskan melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), jika ia masih menemui jalan buntu.
Adun pembangkang terlibat juga menyifatkan tindakan sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri itu mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dalam cubaan untuk menyingkirkan anak bekas Perdana Menteri itu dari kedudukannya adalah tidak bersusila.
"Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi, maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat.
"Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dan pihak istana," menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan itu.
Semua Adun pembangkang terlibat bagaimanapun berpandangan, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan pada masa kini.
"Bagi kami ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar Perdana Menteri yang telah banyak menyusahkan rakyat," menurut kenyataan itu.
Kumpulan wakil rakyat pembangkang itu juga berkata, masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah ini perlu segera diselesaikan kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat.

"Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui penentuan di Dewan Undangan Negeri," katanya.
Dalam pada itu, mereka juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang menjemput semua Adun dari parti pembangkang bagi mendapatkan pandangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri berkenaan.
"Tindakan yang diambil oleh pihak Istana ini adalah langkah terpuji, menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat," katanya.
Pada Isnin, seramai 20 Adun BN telah menghadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai berkaitan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Selasa pula giliran Adun pembangkang.
Sebanyak 15 daripada 36 kerusi DUN di Kedah dikuasai pembangkang, dengan PAS (8), PKR (4), DAP (2) dan satu kerusi diwakili Parti Amanah Negara (Amanah).
Suasana politik di Kedah semakin 'panas' sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Anggota Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Sumber: mStar