Datuk Seri Boon Som Inong |
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak asing dengan masyarakat Siam kerana mempunyai hubungan baik selama ini.
Ahli Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, Ahmad Bashah yang dilahir dan dibesarkan di Kubur Panjang, Pendang, Kedah bukan orang asing kepada masyarakat Siam sendiri.
Bahkan sepanjang kerjayanya sebagai ahli politik, Adun Bakar Bata itu mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan dan masyarakat Siam di negeri ini.
Masyarakat Siam Kedah mengalu-alukan pelantikannya sebagai MB baharu dan mengucapkan tahniah kerena diberi kepercayaan untuk mentadbir Kedah.
"Lami percaya pengalamannya selama 30 tahun dalam bidang politik sebagai Adun, exco dan timbalan menteri serta hubungan akrab dengan Persekutuan akan membolehkannya memimpin dan membangunkan Kedah dan rakyatnya," katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin yang sentiasa turun padang mendekati akar umbi, Ahmad Bashah memahami hasrat dan aspirasi rakyat untuk melihat Kedah membangun dan maju sama seperti negeri lain.
Sehubungan itu, beliau berharap Ahmad Bashah akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat Siam, terutama berkaitan tiga perkara yang dijanjikan dalam manifesto PRU13 yang masih belum ditunaikan.
"Ia berkaitan Sijil Pertanian Siam, bantuan tahunan kepada Wat Siam dan bantuan tahunan kepada sekolah bahasa Siam yang beroperasi di Wat Siam di Kedah.
"Kami ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan terus Sijil Pertanian Siam seperti yang dilaksanakan Perlis," katanya.
Sumber: Sinar Harian