Anggota Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Pokok Petai


GOMBAK – Seorang lelaki tersangkut di atas pokok petai semasa terlibat dalam program gotong-royong membersihkan tapak sebuah masjid di Kampung Sungai Pusu di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 12.32 tengah hari.

Operasi tersebut disertai Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan kekuatan tujuh pegawai.

“Mangsa yang sedang sibuk melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tiba-tiba dilaporkan mengalami kekejangan otot pada ketinggian 40 kaki di sebatang pokok petai.

“Bagaimanapun, mangsa itu berjaya diselamatkan dengan menggunakan tangga,” katanya.

Sumber:  Sinar Harian