Apple Cuba Hasilkan Peranti Baru, "Tiru" Konsep Oculus Rift, HoloLens?


KHABAR angin bertiup kencang mengatakan Apple bakal mengeluarkan peranti ‘virtual reality’ mereka sendiri.

Apple secara rahsia dikatakan mengumpul satu kumpulan pakar untuk membina peranti ini untuk memberi saingan kepada peranti milik Facebook, Oculus Rift dan HoloLens milik Microsoft.


CEO Apple, Tim Cook pernah berkata ‘virtual reality’ adalah sesuatu yang menarik dan ‘cool’.

Teknologi ‘virtual reality’ ini dikatakan dapat memberi pengguna satu pengalaman baru dalam menikmati sesuatu ‘game’ atau video. 

HoloLens milik Microsoft
Anda akan terasa seperti berada dalam video atau ‘game’ berkenaan jika menggunakan peranti ini.

Oculus Rift
Tiada maklumat lanjut berkenaan peranti ini lagi namun berita tentangnya sudah cukup untuk buat peminat Apple teruja. -Kedahnews.com