Megumi Igarashi |
Tokyo - Seorang artis Jepun yang didakwa atas kesalahan ‘melucah’ kerana mengedarkan lukisan kayak yang menyerupai alat sulitnya mencemuh desakan pendakwa raya terhadapnya yang meminta mahkamah mengenakannya denda 800,000 Yen (RM27,438).
Sebaliknya, Megumi Igarashi berkata, dia akan merayu terhadap keputusan mahkamah jika mendapati dia bersalah atas tuduhan itu.
Pendakwa semalam menggesa dia didenda 800,000 Yen pada sesi perbicaraan di Mahkamah Daerah Tokyo, tetapi Megumi percaya peguamnya akan membuat rayuan sekiranya dia didapati tidak bersalah pada Mei lalu apabila kes itu diputuskan.
“Sekiranya saya didapati bersalah, sudah tentu saya akan terus berjuang. ‘Peperangan’ ini seperti dijangka akan mengambil masa yang lama,” katanya.
Sementara salah seorang peguam Igarashi, Takashi Yamaguchi berkata, pendakwa raya cuba menjadikan kes Igarashi sebagai contoh memandangkan Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.
“Saya percaya Olimpik adalah punca sebenar di sebalik gesaan untuk menghukumnya,” kata Yamaguchi.
Kes terhadap Megumi itu menarik perhatian ramai dan mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai yang menganggap penapisan berat sebelah diamalkan di Jepun yang terkenal dengan industri pornografi bernilai berbilion dolar walaupun mengharamkan paparan gambar sebenar alat sulit. - AFP