"Asam Pedas Sabah" Zizie Ezette Sindir Tukang Tabur Persepsi?


Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Zizie dan suami, Bung Mokhtar
Tuduhan itu dikatakan hanya semata-mata kerana Zizie tidak memuat naik gambar bersama suami di hospital seperti sering dilakukan oleh selebriti-selebriti yang lain.

Susulan itu, melalui satu gambar yang dimuat naik olehnya, Zizie bertindak menyindir pedas mereka yang tidak henti-henti menabur persepsi terhadap dirinya.


Caption gambar yang dimuat naik Zizie itu seolah-olah sengaja ditujukan kepada segelintir pengikut instagramnya yang sebelum ini mempertikai kononnya dia tidak menjaga suami dan tidak bertanggungjawab. – Kedahnews.com