Pelakon kacak, Ashraf Muslim berasa lega apabila kedua-dua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah akhirnya memutuskan untuk menutup akaun instagram masing-masing pada beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana isteri-isteri saya mendapat hidayah untuk menutup instagram mereka dan tidak lagi berkongsi gambar keluarga kami.
“Saya menasihati mereka untuk tutup akaun mereka sejak tahun lepas lagi, tapi saya tak paksa. Sehinggalah mereka membuat keputusan sendiri untuk menutupnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Ashraf juga tidak akan membenarkan anak mereka untuk mempunyai laman sosial sendiri seperti anak selebriti yang lain.
"Mereka bukan artis, jadi biarlah saya sahaja yang ada laman sosial kerana saya perlu mempromosikan drama terbitan saya.
"Anak-anak saya juga tidak perlu mempunyai laman sosial kerana mereka ahli syurga yang masih belum ada dosa (belum cukup umur)", jelasnya lagi. – Kedahnews.com