Maria Peiner |
SEORANG remaja berusia 20 tahun, Eren Toben tergamak membunuh dengan cara membakar kekasihnya yang sedang sarat hamil lapan bulan gara-gara dirinya tidak bersedia menjadi seorang bapa.
Eren mengheret kekasihnya, Maria Peiner, 19, ke dalam sebuah hutan di Berlin, Jerman dengan bantuan rakannya, Daniel Mueller.
Eren Toben |
Eren dan Daniel menipu Maria dengan mengajaknya keluar, kononnya untuk membeli pakaian bayi, kemudiannya menyerang Maria dengan pisau dan menuang petrol untuk membakar mangsa.
Eren dan rakan subahatnya itu dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun di atas kesalahan jenayah itu. -Kedahnews.com