Bangla Kantoi Dicekup "Ehem-Ehem" Dengan Isteri Orang Di Seremban?

GAMBAR dan kisah seorang warga Bangladesh ditangkap kerana berduaan dengan isteri orang di Negeri Sembilan tersebar di laman sosial.
Sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia, apabila sesuatu ‘topik’ sedang hangat diperkatakan maka satu demi satu isu mengenainya timbul.

Tidak terkecuali soal kemasukan pendatang dari Bangladesh yang mendapat krititkan ramai hinggakan pelaksanaannya dibekukan sebelum ini dan menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa majikan.

Pada masa sama, semakin ramai pula warga Bangladesh didapati "buat perangai" sejak akhir-akhir ini membuatkan cadangan menolak lebih ramai pekerja dari negara berkenaan kian mendapat sokongan.

Selepas kes Bangla kacau isteri orang dan merogol seorang remaja 13 tahun dalam tandas di sebuah kafe siber, kini tersebar kisah seorang warga Bangladesh yang dikatakan telah dicekup sedang berselingkuh dengan isteri orang di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.

Viral diperkatakan di laman-laman sosial, turut dikepilkan bersama gambar Bangla tersebut yang ditambat tangannya bersama wanita tempatan yang menjadi kekasih gelapnya itu.

Kisah ini dipercayai tersebar kepada umum selepas seseorang yang turut terlibat menangkap pasangan ini memuatnaik gambar mereka beserta keterangan gambar di laman sosial, Facebook.

Puncanya, si wanita dikatakan kerap membenarkan lelaki Bangla ini masuk ke dalam rumahnya ketika suaminya tidak ada di rumah.

Keadaan itu difahamkan telah mencetus rasa curiga di kalangan jiran dan mereka mengambil keputusan untuk menghendap sebelum menangkap pasangan kerana berkhalwat. –Kedahnews.com