JITRA – Bapa kepada wanita yang viral menerusi laman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, Thailand semalam menafikan kejadian tersebut berlaku.
Juhari Osman, 64; bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33; berkata kejadian itu adalah tidak benar malah anaknya masih lagi hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran.
Baru-baru ini, viral laman sosial Facebook dan Whatsapp menunjukkan Nurulhuda konon bunuh diri di Utradit dengan menembak diri sendiri setelah tembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya.
Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, memandangkan anaknya baru sahaja kehilangan MyKad.
"Mungkin mereka guna MyKad anak saya yang hilang dan kemudian reka cerita palsu ini.
"Anak saya dan cucu lelaki berusia enam tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang sanggup fitnah perkara seperti ini membuatkan emosi kami sekeluarga terganggu,” katanya.
Juhari berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai, di sini, semalam.

Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media. – BERNAMA