Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad |
KUALA LUMPUR - Semua pihak sepatutnya memberi penekanan terhadap pemahaman isi kandungan ayat yang terkandung dalam kitab al-Quran.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut lebih baik jika dibandingkan dengan membawa al-Quran tanpa memahami maksud mesej yang terkandung dalam kitab suci itu.
“Saya tidak akan setuju hadir (pada majlis hari ini) jika program hanya menekankan pembacaan ayat al-Quran. Saya setuju hadir kerana program ini bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam terhadap al-Quran.
"Masalah yang kita ada hari ini adalah kita tidak memahami al-Quran, tekanan dan tumpuan hanya diberikan kepada penghafalan kitab tersebut," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Let's Read The Quran, di sini, semalam.
Beliau dalam pada itu menyatakan sokongan terhadap usaha pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam selain bahasa Arab.
Menurutnya, ia lebih memudahkan seseorang individu itu memahami dan mendalami ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dengan lebih mudah.
“Saya diberitahu terdapat terjemahan al-Quran ke bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, namun, makna kitab itu tidak akan berubah.
"Jika dalam bahasa Arab (al-Quran) menulis ‘kita tidak boleh membunuh', kita tidak boleh katakan dalam Bahasa Melayu, 'kita boleh membunuh'," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian