SIBU - Menteri Tan Sri Adenan Satem meminta semua pihak supaya memberi masa kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk menunaikan janjinya kepada Sarawak.
Beliau berkata Najib memiliki hati yang besar dan sememangnya komited membawa pembangunan untuk negeri dan rakyat Sarawak.
"Beliaulah yang selalu bersama-sama kita. Dengan adanya PM (perdana menteri)yang simpati dengan kita, dapatlah kita capai cita-cita kita," katanya pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 oleh Najib di Dataran Bandar Sibu di sini, Sabtu malam.
Katanya antara projek penting yang dilaksanakan Najib di negeri ini ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer dari Lawas hingga Sematan.
"Kepada mereka yang masih belum percaya, anda boleh pergi lihat sendiri jentera-jentera yang digerakkan untuk menjalankan projek itu," kata Adenan.
Pada majlis itu, Adenan turut memohon bantuan daripada Najib, yang digelarnya 'Apai Besai' (Ayah Besar) bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.
Dengan kadar hujan yang lebih banyak kali ini berbanding tahun lepas, katanya keadaan tanah rendah dan sistem perparitan yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya banjir di kawasan Kuching.
Majlis itu kemudian diserikan dengan sketsa tarian Raja Monyet, tarian Singa, pukulan gendang Cina dan persembahan pentas lain yang penuh warna-warni.
Selepas itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Adenan dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh menyertai acara menggaul 'Yee Sang'. -Bernama