Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan |
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan berkata pengamal media banyak membantu pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu usaha pencegahan jenayah dan menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat.
Bagaimanapun katanya, sikap segelintir pengamal media tidak bertanggungjawab amat dikesali apabila menyiarkan laporan berita tidak tepat hingga boleh menimbulkan suasana huru-hara dan mengancam keselamatan negara.
“Akhbar patut berhati-hati dan mesti peka dengan keadaan negara kita, jangan kita menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara kita, kita mahukan kestabilan, keamanan, perhubungan serta perpaduan baik antara kaum dan agama.
“Jangan kita menyiarkan sesuatu insiden itu sehingga menyebabkan wujudkan kekacauan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Sabtu lepas yang berkata pihaknya sedang mengkaji pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1971 agar hukuman lebih berat boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membocorkan rahsia negara.
Mohamed Apandi berkata, pindaan tersebut antara lain mencadangkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan dikenakan ke atas pesalah.
Menurut Peguam Negara, pendakwaan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengamal media yang enggan mendedahkan sumber dengan berselindung di sebalik alasan menjaga etika kewartawanan.
Sikap tersebut katanya boleh dianggap sebagai bekerjasama dengan pihak yang mahu mensabotaj kerajaan.
Mengulas lanjut, Zaman Khan juga menyambut baik usaha untuk meminda Akta Rahsia Rasmi itu dalam menghadkan kebebasan media dalam membuat sebarang laporan berita khususnya ketika berdepan ancaman globalisasi khususnya menerusi medium internet.
“Saya bersetuju sesiapa yang membuat kenyataan-kenyataan menghasut dan boleh menimbulkan pergaduhan antara kaum khususnya menghina Raja-Raja Melayu, cuba menimbulkan huru-hara, saya fikir kerajaan kena bertegas dan jangan pilih kasih,” tegasnya.
Zaman Khan berkata lagi, pengamal media bebas untuk menegur mana-mana pihak khususnya kerajaan dalam setiap laporannya namun ia tidak sewajarnya hingga menjejaskan perpaduan masyarakat di negara ini.
“Kebebasan media itu ada hadnya, apa guna kebebasan kalau negara kita hancur, bagaikan gelas kaca nampak cantik, apabila hancur, adakah ia cantik lagi? Sejak kebelakangan ini ia semakin nampak ketara, sesama sendiri mahu melagakan antara satu sama lain.
“Janganlah sampai kita menghancurkan negara, (media) boleh buat teguran dan sebagainya, tapi janganlah sehingga menimbulkan huru-hara, seperti (tragedi) 13 Mei. Apa guna sampai kita tidak percaya antara satu sama lain, sampai sekarang parut itu masih tidak hilang lagi,” katanya lagi.
Pada masa ini, Akta Rahsia Rasmi memperuntukkan hukuman antara setahun hingga tujuh tahun penjara ke atas mana-mana individu yang didapati membocor dan menyebarkan rahsia rasmi kerajaan.
Hukuman sama boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang melindungi pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

Sumber: Sinar Harian