Bot Karam Berhampiran Pulau Payar, 15 Pemancing Dikhuatiri Lemas

Gambar Hiasan
LANGKAWI - 15 pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam kira-kira 10 batu nautika ke selatan Pulau Payar, kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot dari sini malam Sabtu.

Menurut unit Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini pada Ahad, sebuah bot pengawal agensi itu, Pengawal 41, telah pergi ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 10.45 malam.

Sebuah lagi bot APMM, dua buah bot dari Pasukan Polis Marin dan beberapa buah bot nelayan turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat selepas bot dan mangsa kejadian itu masih belum ditemui sehingga pagi Ahad. - BERNAMA