Bukti Datuk Seri Vida Memang "Melekat" Di Ingatan Rakyat Malaysia


Ramai yang tidak menafikan bahawa nama pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida semakin popular gara-gara tagline popularnya, “Qu Puteh, Qu Puteh barulah putih!”

Bukan hanya orang dewasa saja yang mengetahui dan menghafal taglinenya itu, sebaliknya kanak-kanak pun cukup kenal dan ingat "kata-kata hikmat"nya yang popular itu.

Mungkin itulah yang dikatakan sebagai kuasa pengiklanan bagi sesebuah produk.

Yang lebih mengharukan, kanak-kanak sekolah rendah dikatakan turut terkeliru di antara imej "permaisuri" dengan Datuk Seri Vida.


Ia terbukti melalui sekeping gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter ini.


Jawapan yang sepatutnya permaisuri ditulis "Qu Puteh" gara-gara terkeliru dengan penampilan glamor Datuk Seri Vida yang sering tampil dengan mahkota setiap kali membuat kemunculan di tempat awam.

Begitulah "penangan" dari Dato' Seri Vida yang kian diingati dan "melekat" di setiap minda rakyat Malaysia walaupun ada pihak yang mengecam beliau kerana gayanya yang tersendiri itu. -Kedahnews.com