JOSE Mourinho memberitahu kepada rakannya bahawa 'perbincangan selesai' untuk mengambil alih Machester United menjelang musim panas ini.
Minggu lalu timbul spekulasi mengenai jurulatih Portugis ini akan menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford, tetapi United 'kunci mulut' mengenainya.
Bagaimana pun, Mourinho yang masih berehat selepas dipecat Chelsea Disember lalu yakin akan berhijrah ke United.
Van Gaal masih mempunyai baki kontrak setahun bersama United namun gagal membuktikan kemampuan pemain-pemain yang dibelinya sekaligus menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong setia kelab itu.
Jika apa yang diperkatakan Mourinho itu benar, pastinya saingan musim depan lebih 'panas' dengan pesaing utamanya Pep Guardiola akan tiba di England bagi menguruskan kelab Manchester City menggantikan Manuel Pellegrini.
Kedua-dua pengurus ini sentiasa menjadi perhatian semenjak menjadi pengendali di Sepanyol, yang mana ketika itu Guardiola menjadi jurulatih Barcelona dan Mourinho di Real Madrid.
Sumber: mStar