Doakan Agar Derita "Lelaki Akar" Ini Berakhir Secepat Mungkin

Seorang pemuda diuji dengan dugaan besar apabila digelar 'lelaki akar' kerana menghidap penyakit Human Pappiloma Virus (HVP) kira-kira 15 tahun lalu.

Namun pemuda tersebut yang dikenali sebagai Abul Bazadar yang kini berusia 25 tahun dan bekerja sebagai pengayuh beca tidak putus asa apabila masih menjalani rawatan di hospital di Dhaka, Bangladesh kerana virus tersebut.

Memetik laporan media, pakar bedah yang merawatnya, Dr Samanta Lal Sen menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat keputusan mengenai rawatan yang akan dilakukan terhadap Abul selepas perbincangan dibuat.


Pesakitnya itu akan menjalani pembedahan bagi mengasingkan ketuat, selain membentuk semula struktur tangan dan kakinya.

Difahamkan bahawa HVP merupakan sejenis virus yang menyerang kulit manusia sehingga merubah bentuknya seperti akar akibat pertumbuhan ketuat.


Daripada 100 jenis HVP yang dikesan, terdapat 30 daripadanya akan memberi kesan terhadap kawasan kemaluan pesakit. -Kedahnews.com